Thursday 2 February 2012


Makanan Seimbang Arnab

Makanan Seimbang Arnab

Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yang berjadual. Diet arnab seharusnya mengandungi protein, kanji, vitamin, mineral dan karbohidrat. Makanan yang anda berikan kepada arnab anda, harus boleh dihadam dengan cepat. Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yang 
banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu. Apabila anda memberi arnab makan, anda harus mengetahui keseimbangan makanan yang mudah dihadam dengan makanan yang sukar dihadam.Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati.
Carta Makanan Seimbang Arnab
Diet Arnab
Kebanyakan arnab makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran merupakan makanan asas arnab, manakala buahan merupakan makanan sampingan bagi arnab. Sayuran yang sesuai utk arnab seperti brokoli, carrot, daun carrot, salad (sgt baik utk arnab kerana mengandungi byk kalsium), bayam (bg sedikit shj kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi). Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas. -
Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji
Keperluan makanan arnab (berbeza mengikut umur)
Ini dinyatakan dengan lebih lanjut: -

Usia 0-7 bulan:
3 minggu pertama ialah susu ibu arnab.Selepas itu boleh diperkenalkan anak arnab makan pellet, alfalfa, susu ibunya. Teruskan sehingga arnab berumur 7 minggu.Pada usia 12 minggu, anak arnab boleh diberi sayuran, hentikan susu ibu arnab sepenuhnya.Usia 3-7, anda boleh memberi arnab anda hay dan pellet tanpa had
Usia 7 bukan sehingga 1 tahun:

Beri arnab makan hay yang berbeza – timothy, rumput (napier India) Kurangkan pemberian alfalfa dan pelletTingkatkan sayuran dalam diet seharian.Beri buah untuk membekalkan kalori.
1-5 tahun: Diet arnab dewasa.
¼ – ½ cawan pellet bergantung kepada berat badan arnab.
2 cawan sayur yang dicincangBuah-buahan

5 tahun ke atas:

Teruskan diet arnab dewasa selagi bersesuaian dengan berat badannya.Selagi arnab membesar, pemberian pellet dan alfalfa harus diteruskan.Pastikan diet arnab anda setiap hari mengandungi hay, pellet dan makanan segar (sayur-sayuran and buahan).

Susu Gantian Arnab

  • Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.
Susu ini juga boleh dibuat sendiri berdasarkan bahan-bahan seperti berikut :-
3 oz condensed milk
3 oz water
4 oz plain yogurt (not low-fat)
3 large or 4 small egg yolks (no whites)
atau,
1/4 of a banana
1/8 cup regular rabbit food pellets
1/4 cup unflavored Pedialyte
1/8 cup canned pumpkin
  • Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
  • Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.
Pastikan anda hanya memberi anak arnab tersebut susu 2x sehari sahaja. Contoh, waktu pagi dan malam.
Baru lahir – 1 minggu : 2 – 2+1/2 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan).
1-2 minggu : 5-7 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). (bergantung kepada saiz anak arnab, jika kecil..bagi sedikit).
2-3 minggu : 7-13 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). Anak arnab harus dipastikan proses pembuangan air kecil dan besarnya berfungsi dengan baik. Jika ada najis yang terlekat, anda harus membersihkannya.Biasanya mata anak arnab akan terbuka pada usia 10-14 hari. Kemudian anda boleh perkenalkannya dengan pellet, sedikit sayuran (sawi,napier,ulam raja,kailan,epal) dan
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan)–kuantiti susu bergantung kepada saiz arnab..Kebiasaanya , pada usia 6-8 minggu..anak arnab boleh diceraikan susu.