Monday 26 December 2011


kotak sarang & bekas makan minum arnab

Kotak sarang arnab beranak

Kotak sarang arnab perlu diletakkan di dalam reban arnab yang akan beranak sekurang2nye lima hari sebelum arnab dijangka beranak. Ini bertujuan supaya arnab yang akan beranak dapat menyesuaikan diri dengan kotak sarang tersebut. Ianya perlu diletakkan rumput kering atau koyakan kertas sebagai lapik untuk anak arnab.
Bekas makanan dan minuman untuk arnab

Bekas makanan dan minuman berbentuk pasu yang dibuat daripada tanah liat ini adalah lebih mudah dan selamat kerana sifat arnab yang suka menggigit. Disamping ianya tidak mudah terbalik, air minuman yang bersih dapat dibekalkan kerana mudah untuk ditukar setiap hari.

No comments:

Post a Comment