Thursday 2 February 2012


Makanan Seimbang Arnab

Makanan Seimbang Arnab

Makanan seimbang arnab seharusnya berkhasiat dan diberikan pada masa tertentu yang berjadual. Diet arnab seharusnya mengandungi protein, kanji, vitamin, mineral dan karbohidrat. Makanan yang anda berikan kepada arnab anda, harus boleh dihadam dengan cepat. Jangan sesekali memberi arnab makanan di dalam kuantiti yang 
banyak tetapi berilah sedikit demi sedikit dalam jangkamasa tertentu. Apabila anda memberi arnab makan, anda harus mengetahui keseimbangan makanan yang mudah dihadam dengan makanan yang sukar dihadam.Sebarang kesilapan ketidakseimbangan diet akan mengakibatkan arnab mati.
Carta Makanan Seimbang Arnab
Diet Arnab
Kebanyakan arnab makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran merupakan makanan asas arnab, manakala buahan merupakan makanan sampingan bagi arnab. Sayuran yang sesuai utk arnab seperti brokoli, carrot, daun carrot, salad (sgt baik utk arnab kerana mengandungi byk kalsium), bayam (bg sedikit shj kerana kandungan asid organiknya terlalu tinggi). Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas. -
Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji
Keperluan makanan arnab (berbeza mengikut umur)
Ini dinyatakan dengan lebih lanjut: -

Usia 0-7 bulan:
3 minggu pertama ialah susu ibu arnab.Selepas itu boleh diperkenalkan anak arnab makan pellet, alfalfa, susu ibunya. Teruskan sehingga arnab berumur 7 minggu.Pada usia 12 minggu, anak arnab boleh diberi sayuran, hentikan susu ibu arnab sepenuhnya.Usia 3-7, anda boleh memberi arnab anda hay dan pellet tanpa had
Usia 7 bukan sehingga 1 tahun:

Beri arnab makan hay yang berbeza – timothy, rumput (napier India) Kurangkan pemberian alfalfa dan pelletTingkatkan sayuran dalam diet seharian.Beri buah untuk membekalkan kalori.
1-5 tahun: Diet arnab dewasa.
¼ – ½ cawan pellet bergantung kepada berat badan arnab.
2 cawan sayur yang dicincangBuah-buahan

5 tahun ke atas:

Teruskan diet arnab dewasa selagi bersesuaian dengan berat badannya.Selagi arnab membesar, pemberian pellet dan alfalfa harus diteruskan.Pastikan diet arnab anda setiap hari mengandungi hay, pellet dan makanan segar (sayur-sayuran and buahan).

Susu Gantian Arnab

  • Susu gantian arnab atau di dalam bahasa Inggerisnya, Kitten Milk Replacer (KMR) adalah susu yang dirumus khas untuk anak arnab dan kucing yang mengalami kematian ibu.
Susu ini juga boleh dibuat sendiri berdasarkan bahan-bahan seperti berikut :-
3 oz condensed milk
3 oz water
4 oz plain yogurt (not low-fat)
3 large or 4 small egg yolks (no whites)
atau,
1/4 of a banana
1/8 cup regular rabbit food pellets
1/4 cup unflavored Pedialyte
1/8 cup canned pumpkin
  • Selain daripada itu, anda boleh memberi susu kambing kepada anak arnab.
  • Alternatif lain pula ialah ‘ibu angkat’. Letak anak arnab bersama-sama anak arnab yang lain untuk menyusu.
Pastikan anda hanya memberi anak arnab tersebut susu 2x sehari sahaja. Contoh, waktu pagi dan malam.
Baru lahir – 1 minggu : 2 – 2+1/2 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan).
1-2 minggu : 5-7 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). (bergantung kepada saiz anak arnab, jika kecil..bagi sedikit).
2-3 minggu : 7-13 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan). Anak arnab harus dipastikan proses pembuangan air kecil dan besarnya berfungsi dengan baik. Jika ada najis yang terlekat, anda harus membersihkannya.Biasanya mata anak arnab akan terbuka pada usia 10-14 hari. Kemudian anda boleh perkenalkannya dengan pellet, sedikit sayuran (sawi,napier,ulam raja,kailan,epal) dan
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap kali susuan  (2x susuan)–kuantiti susu bergantung kepada saiz arnab..Kebiasaanya , pada usia 6-8 minggu..anak arnab boleh diceraikan susu.

Wednesday 4 January 2012

Rahsia Arnab


Anda Ingin Memelihara Arnab Sebagai Suatu Hobi Yang Menyeronokan? ATAU, Ingin Cuba Menternak Arnab?

Ketahui Tip-Tip Serta Panduan, Bagaimana Menjadikan Arnab Peliharaan/Ternakan Anda Sihat, Ceria dan Menggembirakan di Dalam Hidup Anda!...

Kepada Peminat & Pemilik Arnab.... Adakah anda sedang berada di dalam salah satu situasi dibawah?
  • Mengalami masalah di dalam penjagaan Arnab?
  • Ingin menambah bilangan Arnab?
  • Pernah memelihara Arnab tetapi gagal?
  • Arnab anda selalu sakit dan bermasalah?
  • Arnab anda tiba-tiba berubah sikap dan tidak selincah dahulu
  • Ibu arnab tidak mempedulikan anaknya
  • Tiba-tiba kehilangan arnab daripada penjagaan
  • Arnab anda bertabiat memakan bulunya sendiri
  • Si Cute kerap kencing merata-rata tempat..
  • dan pelbagai lagi isu yang kadangkala memeningkan kepala berkaitan Arnab anda?
Atau..... 
Anda kini sedang berkira-kira untuk mula memelihara Arnab dan menjadikan ia sebagai haiwan peliharaan yang menceriakan kehidupan anda? Namun begitu, masih tercari-cari, Arnab apakah yang paling sesuai dengan diri andaserta inginkan maklumat berkaitan penjagaan Arnab yang lengkap serta lebih mendalam lagi?
Ataupun….
Anda sedang merancang untuk mula menternak Arnab dan ingin menjadikan ia suatu pekerjaan sambilan dan menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan.

Semuanya Selesai...

Kini.. Usah risau lagi... Anggap sahaja segala permasalahan anda itu sudah selesai. Bayangkan... anda kini mempunyai arnab yang sangat cute yang sentiasa menanti kepulangan anda dari tempat kerja. Setiap kali anda menghampiri arnab kesayangan anda ia mula mengerak-gerak dengan ceria dan mengerti akan kepenatan anda sambil menunjuk-nunjukkan bulunya yang gebu dan rupa bentuk yang mengasikkan serta manja.
Keadaan di dalam sangkarnya sentiasa teratur seperti mana anda meninggalkannya di waktu pagi tadi dan tiada keadaan yang huru-hara dan bertaburan.
Pendek kata, semuanya menenangkan dan tidak memeningkan kepala.

Ketahui Ilmu Penjagaan Arnab

Ya! Semuanya boleh jadi senang , gembira dan menceriakan jika anda tahu dan mempunyai ilmu yang betul tentang penjagaan arnab. Tetapi malangnya.. ramai orang yang tidak sedar akan perkara ini dan selalunya, mereka hanya main "agak-agak" sahaja mengenai segala tingkah laku serta apa yang diperlukan dan dimahukan oleh arnab mereka.
Akibatnya, arnab yang diperlihara menjadi semakin sukar untuk dikawal, menyakitkan hati dan jangka hayatnya menjadi pendek. Jadi, usah biarkan perkara ini berlaku kepada anda..

Memperkenalkan Ebook "Rahsia Arnab"

Inilah peluang anda untuk membongkar rahsia penjagaan arnab dan sekaligus, menikmati pengalaman yang mengembirakan di dalam memelihara arnab kesayangan anda atau menternaknya secara sambilan.
Di dalam ebook ini, terdapat pelbagai tips dan panduan serta info tentang arnab dan bagaimana memeliharanya, dan bagaimana menternaknya. Antara info menarik yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti..
  • Jenis-jenis arnab yang biasa dan yang popular
  • Teknik memilih arnab peliharaan
  • Mengetahui arnab jenis pedaging atau sebagai haiwan kesayangan
  • Vaksin serta ubat-ubat yang diperlukan oleh arnab
  • Putaran kehidupan arnab daripada kecil sehingga dewasa
  • Pemakanan arnab yang sesuai dan ekonomi
  • Masalah-masalah, jangkitan dan penyakit yang mungkin dihadapi oleh arnab dan cara bagaimana mengatasinya
  • Sikap serta kelakuan pelik arnab yang perlu anda fahami
  • Hubungan arnab dari segi kesihatan dan kebaikan kepada manusia
  • Masa depan pasaran arnab
  • Panduan mengurus dan menghias arnab kesayangan anda
  • dan pelbagai lagi info menarik berkaitan aranb yang pastinya akan membuatkan anda teruja

                      http://www.rahsiaarnab.com/
                   

Thursday 29 December 2011

Beli ARNAB

kelmarin.....aq beli arnab yg biasa  harga nya mahal sebenarnya...Rm40...tpi owg yg jual tu jual hrga yg mahal sedikit...-5 ..Rm 35...tpi ayah aq minta x kurang ..tpi  owg tu x bgii...ayah aq kata ang pilih la yg ang sukaa....okeyyy................aq beli arnab yg colour hitamm & putihhh...comeellll oooo # # yg paling aq suka arnab  yg di sebelah mata ada bulu warna hitam d telinga nyaa sekaliii....badan nya semua warna putih

Monday 26 December 2011


kotak sarang & bekas makan minum arnab

Kotak sarang arnab beranak

Kotak sarang arnab perlu diletakkan di dalam reban arnab yang akan beranak sekurang2nye lima hari sebelum arnab dijangka beranak. Ini bertujuan supaya arnab yang akan beranak dapat menyesuaikan diri dengan kotak sarang tersebut. Ianya perlu diletakkan rumput kering atau koyakan kertas sebagai lapik untuk anak arnab.
Bekas makanan dan minuman untuk arnab

Bekas makanan dan minuman berbentuk pasu yang dibuat daripada tanah liat ini adalah lebih mudah dan selamat kerana sifat arnab yang suka menggigit. Disamping ianya tidak mudah terbalik, air minuman yang bersih dapat dibekalkan kerana mudah untuk ditukar setiap hari.

Arnab Comel btoi